Tuesday 30 May 2017

Keperluan OHSMS
a)    Mewujudkan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan berdasarkan standard, mendokumenkan, melaksanakan, menyelenggara dan menambah baik sistem tersebut.
b)    Mewujudkan Dasar OH&S dan menyampaikannya kepada semua kakitangan, kontraktor atau mana-mana orang lain yang bekerja bagi pihak organisasi dan orang awam.
c)    Merancang OHSMS anda dengan :

1.    mengenal pasti bahaya OH&S dan menilai risiko yang terlibat
·         mewujudkan kaedah dan prosedur untuk mengenal pasti bahaya dan menilai risiko OH&S
·         mengurangkan risiko OH&S dengan memilih kawalan yang sesuai
·         mewujudkan prosedur untuk memilih kawalan
·         melaksanakan prosedur pemilihan kawalan
·         menyelenggara prosedur pemilihan kawalan
·         mengenal pasti, mendokumenkan, melaksanakan aspek alam sekitar. Mewujudkan prosedur bagi mengenal pasti aspek alam sekitar.
·         mengenal pasti, mendokumenkan, melaksanakan keperluan undang-undang dan keperluan lain. Mewujudkan prosedur untuk mengenal pasti keperluan undang-undang dan keperluan lain.
·         mewujudkan objektif dan sasaran alam sekitar dan mewujudkan program untuk mencapai sasaran dan objektif tersebut.

2.    Menguruskan pelaksanaan dan operasi OHSMS dengan:
·         mengenal pasti peranan, tanggungjawab dan pihak berkuasa yang boleh membuat keputusan berkaitan OHSMS. Mendokumenkan dan menyampaikannya kepada mereka
·         menyediakan sumber yang cukup untuk melaksanakan sistem
·         melantik wakil pengurusan
·         menyediakan program latihan dan kesedaran yang berkaitan
·         mewujudkan prosedur untuk mengawal komunikasi dalaman dan luaran berhubung dengan bahaya OH&S dan OHSMS
·         mewujudkan prosedur untuk penyertaan dan perundingan tentang pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan penentuan kawalan, pembangunan dan kajian semula dasar dan objektif OH&S
·         mewujudkan prosedur berhubung dengan kawalan dokumen untuk OHSMS
·         mengenal pasti dan melaksanakan operasi dan aktiviti yang perlu menggunakan kawalan untuk menguruskan bahaya dan mengurangkan risiko. Melaksanakan kriteria operasi untuk mengurangkan risiko, menyelenggara prosedur kesihatan dan keselamatan, serta mengawal dan mengekalkan kriteria operasi yang diperlukan untuk mengawal risiko.
·         mewujudkan prosedur untuk mengenal pasti kemungkinan situasi kecemasan dan kemalangan yang berpotensi yang boleh memberikan impak kepada OH&S, dan juga prosedur untuk bertindak dalam situasi kecemasan dan kemalangan sebenar. Menjalankan ujian berkala ke atas prosedur.

3.    Menyemak OHSMS anda dengan:
·         mewujudkan prosedur untuk memantau dan mengukur prestasi OH&S
·         mewujudkan prosedur untuk menilai pematuhan secara berkala terhadap semua keperluan undang-undang alam sekitar yang berkaitan
·         mewujudkan prosedur untuk menyiasat insiden
·         mewujudkan prosedur untuk menguruskan ketakpatuhan sebenar dan kemungkinan ketakpatuhanserta langkah pembetulan dan pencegahan
·         mewujudkan prosedur kawalan rekod untuk OH&S
·         mewujudkan prosedur audit dalaman, menjalankan audit dalaman dan melaporkan keputusan kepada pengurusan


4.    Menjalankan kajian semula pengurusan tentang kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan OH&S dengan mengkaji semula input seperti audit dalaman, maklum balas daripada pihak luar dan pencapaian objektif dan sasaran. Output daripada kajian semula pengurusan hendaklah memasukkan rumusan tentang OH&S serta keputusan dan tindakan yang diperlukan untuk penambahbaikan berterusan.










Tuesday 23 May 2017





Bidang Tugas & Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


  • Melaporkan kemalangan dan penyakit pekerjaan kepada pihak jabatan dan JKKP.
  • Membantu melaksanakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta menyemak dasar KKP mengikut keperluan semasa.
  • Membantu dalam menguruskan hal-hal berkaitan kebajikan pekerja.
  • mengenalpasti dan menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai kepada pekerja dan merekodkannya.
  • Menjalankan akitiviti-aktiviti\program\kursus\penerangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • melaksanakan penambahbaikan dari laporan audit Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  • Menjalankan pemeriksaan tempat kerja untuk mengenalpasti bahaya yang ada dan direkodkan

Monday 22 May 2017


Di sini saya akan kongsikan serba sedikit berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.

Bagaimana cara mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?

Mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja agak berbeza dengan mengurus aspek perniagaan lain. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) memerlukan komitmen penunya perniagaan atau majikan untuk melakukan 3 langkah di bawah :

i.
Pernyataan Dasar KKP
ii.
Perancangan termasuk pelaksanaan HIRARC, latihan, arahan dan audit
ii.
Tindakan pembaikan

Apa jenis penyataan dasar yang diperlukan bagi aspek keselamatan dan kesihatan?

Penyataan dasar keselamatan dan kesihatan adalah satu penyataan secara bertulis yang menyatakan dengan ringkas komitmen berikut :
·Majikan untuk menyediakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kepada pekerja semasa bekerja melalui peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
·Pihak pekerja untuk mematuhi prosedur kerja dan peraturan untuk memastikan keselamatan diri sendiri
Ia perlu diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh para pekerja.

Bagaimanakah majikan boleh mengurus aspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja dengan mudah?

Majikan boleh mulakan dengan melakukan aktiviti mengenalpasti hazad/bahaya bagi semua proses kerja. Selepas itu, majikan perlu melakukan penaksiran bagi setiap risiko yang dikenalpasti dan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengawal risiko berkenaan. Proses ini dinamakan HIRARC

Adakah saya mempunyai kaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan?

Ya. Semua "orang yang sedang bekerja" di dalam sektor Pengilangan; Perlombongan dan Penguarian; Pembinaan; Pertanian; Perhutanan dan Perikanan; Utiliti; Pengangkutan; Penyimpanan dan Komunikasi; Perdagangan Borong dan Runcit; Hotel dan Restoran; Kewangan, Insurans, Harta Tanah dan Perkhidmatan Perniagaan, Perkhidmatan Awam dan Berkanun diliputi oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Siapa yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?

Majikan, pekerja, orang yang bekerja sendiri, perekabentuk, pengilang, pengimport, pembekal loji / bahan bertanggungjawab mempunyai kewajipan masing-masing untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terjamin

Apakah kewajipan majikan ke atas pekerjanya?

Majikan dikehendaki melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja melalui langkah-langkah berikut:
·Menyediakan dan menyenggara loji dan sistem kerja selamat;
·Menyusun langkah-langkah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan, pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan;
·Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan bagi pekerja baru dan pekerja lama;
·Menyediakan dan menyenggara persekitaran pekerjaan yang selamat tanpa risiko kepada kesihatan; dan,
·Menyediakan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja

Bagaimana tanggungjawab pekerja di tempat kerja?

Setiap pekerja mempunyai kewajipan untuk:
·Memberi perhatian yang munasabah bagi mengelakkan kecederaan kepada diri mereka atau orang lain semasa menjalankan aktiviti kerja mereka,
·Bekerjasama dengan majikan dan orang lain untuk memenuhi peruntukan undang-iundang

Apakah hak pekerja terhadap majikan dalam aspek keselamatan di tempat kerja?

Pekerja dilindungi daripada didiskriminasi, dicederakan atau diubah kedudukan oleh majikan sekiranya:
·Membuat sesuatu aduan mengenai keadaan atau perlakuan tidak selamat di tempat kerja,
·Menjadi ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan,
·Menjalankan tugas sebagai ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan


sumber dari : http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/hubungi-kami/faqs


tanggungjawab majikan


SAFETY BUDDY ???

Anda tahu Safety Buddy?

Anda pernah dengar Safety Buddy?




Apakah yang dimaksudkan dengan Safety Buddy?

Anda ingin tahu dengan lebih terperinci bukan..... Jangan risau saya akan huraikan serba sedikit, tapi sebelum itu, saya ingin anda faham apakah itu Keselamatan  dan Kesihatan Pekerjaan.


KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN?

Yang pertama, Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

Itu serba sedikit intro part Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan ok.

Sekarang saya masuk ke bab Safety Buddy.

Safety Buddy adalah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah setiap Organisasi yang berkaitan dengan jabatan keselamatan dan kesihatan, kebanyakan masalah yang dihadapi oleh organisasi ialah:

  • Majikan kurang ilmu pengatahuan dalam bidang keselamatan dan kesihatan.
  • SHO, SSS lemah dalam bidang dukumen contoh seperti, prosedur, manual OSH, HIRARC, OSH dokumen dan promosi.
  • Organisasi berminat dalam meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, tetapi mendapat kekangan dari sudut kos 
  •  

Itu ialah faktor-faktor yang dihadapi oleh sesebuah organisasi di negara ini.

SO APA YANG ANDA PERLU BUAT SEKARANG!!!


" anda jangan risau setiap masalah pasti ada jalan penyelasaian"

Safety Buddy boleh membantu anda untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi....

Kami ada cara yang istimewa untuk menyelesaikan masalah di organisasi anda :

1. Merancang, melaksana, memantau dan membangunkan dokumen yang betul untuk OSHMS:

  • OSH manual & policy
  • Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
  • Pemeriksaan Tempat kerja
  • HIRARC dan Pengurusan Risiko
  • pelan tindakan kecemasan
  • penyiasatan kemalangan
  • OSH program
  • OSH Measurement  & performance

Anda mempunyai Masalah ditempat kerja kami pasti dengan adanya Safety Buddy segala masalah yang anda hadapi dapat kami selesaikan dengan mudah.
 06- 231 3440 
06- 231 3440 
Call us now 017-2010508 (miss Nasria) or 06- 231 3440 or straight away come to our office at No 18-1 Jalan TU42, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka






·          Occupational safety and health policy  ·          The employer, in consulting with employees and their ·          repres...