Tuesday 4 July 2017

Sistem Pengurusan OSH (OSHMS)

Hai apa kabar semua?

Rasanya tidak terlewat untuk kami mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat islam yang menyambutnya. Raikan syawal ini dengan lebih bermakna.

Hari ini kami ingin berkongsikan berkenaan Standard Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)

Seperti yang kita maklum. Standard merupakan satu kaedah untuk industri melaksanakan sesuatu perkara dengan piawaian yang tertentu dengan lebih tersusun dan bersistematik. Bagi perlaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia, terdapat 2 standard yang biasa digunakan. Iaitu OHSAS 18001 dan MS 1722.




OHSAS 18001 merupakan standard yang banyak digunakan untuk mematuhi piawaian antarabangsa. Walaupun masih banyak lagi negara-negara di dunia tidak menggunakan piawaian tersebut, namun OHSAS 18001 ini masih relevan digunapakai sebagai piawai yang baik bagi sistem pengurusan OSH. Manakala MS1722 merupakan standard tempatan yang disediakan khusus bagi perlaksanaan piawaian di Malaysia. 











Pihak berkuasa tempatan melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) sentiasa mempromosikan penggunaaan standard MS1722 ini bagi kebanyakkan industri di Malaysia.




No comments:

Post a Comment

·          Occupational safety and health policy  ·          The employer, in consulting with employees and their ·          repres...