Keperluan OHSMS
a)
Mewujudkan
Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan berdasarkan standard,
mendokumenkan, melaksanakan, menyelenggara dan menambah baik sistem tersebut.
b)
Mewujudkan
Dasar OH&S dan menyampaikannya kepada semua kakitangan, kontraktor atau
mana-mana orang lain yang bekerja bagi pihak organisasi dan orang awam.
c) Merancang OHSMS anda dengan :
1. mengenal pasti bahaya OH&S dan menilai risiko yang terlibat
·
mewujudkan
kaedah dan prosedur untuk mengenal pasti bahaya dan menilai risiko OH&S
·
mengurangkan
risiko OH&S dengan memilih kawalan yang sesuai
·
mewujudkan
prosedur untuk memilih kawalan
·
melaksanakan
prosedur pemilihan kawalan
·
menyelenggara
prosedur pemilihan kawalan
·
mengenal pasti,
mendokumenkan, melaksanakan aspek alam sekitar. Mewujudkan prosedur bagi
mengenal pasti aspek alam sekitar.
·
mengenal pasti,
mendokumenkan, melaksanakan keperluan undang-undang dan keperluan lain.
Mewujudkan prosedur untuk mengenal pasti keperluan undang-undang dan keperluan
lain.
·
mewujudkan
objektif dan sasaran alam sekitar dan mewujudkan program untuk mencapai sasaran
dan objektif tersebut.
2.
Menguruskan
pelaksanaan dan operasi OHSMS dengan:
·
mengenal pasti
peranan, tanggungjawab dan pihak berkuasa yang boleh membuat keputusan
berkaitan OHSMS. Mendokumenkan dan menyampaikannya kepada mereka
·
menyediakan
sumber yang cukup untuk melaksanakan sistem
·
melantik wakil
pengurusan
·
menyediakan
program latihan dan kesedaran yang berkaitan
·
mewujudkan
prosedur untuk mengawal komunikasi dalaman dan luaran berhubung dengan bahaya
OH&S dan OHSMS
·
mewujudkan
prosedur untuk penyertaan dan perundingan tentang pengenalpastian bahaya,
penilaian risiko dan penentuan kawalan, pembangunan dan kajian semula dasar dan
objektif OH&S
·
mewujudkan
prosedur berhubung dengan kawalan dokumen untuk OHSMS
·
mengenal pasti
dan melaksanakan operasi dan aktiviti yang perlu menggunakan kawalan untuk
menguruskan bahaya dan mengurangkan risiko. Melaksanakan kriteria operasi untuk
mengurangkan risiko, menyelenggara prosedur kesihatan dan keselamatan, serta
mengawal dan mengekalkan kriteria operasi yang diperlukan untuk mengawal
risiko.
·
mewujudkan
prosedur untuk mengenal pasti kemungkinan situasi kecemasan dan kemalangan yang
berpotensi yang boleh memberikan impak kepada OH&S, dan juga prosedur untuk
bertindak dalam situasi kecemasan dan kemalangan sebenar. Menjalankan ujian
berkala ke atas prosedur.
3.
Menyemak OHSMS
anda dengan:
·
mewujudkan
prosedur untuk memantau dan mengukur prestasi OH&S
·
mewujudkan
prosedur untuk menilai pematuhan secara berkala terhadap semua keperluan
undang-undang alam sekitar yang berkaitan
·
mewujudkan
prosedur untuk menyiasat insiden
·
mewujudkan
prosedur untuk menguruskan ketakpatuhan sebenar dan kemungkinan
ketakpatuhanserta langkah pembetulan dan pencegahan
·
mewujudkan
prosedur kawalan rekod untuk OH&S
·
mewujudkan
prosedur audit dalaman, menjalankan audit dalaman dan melaporkan keputusan
kepada pengurusan
4.
Menjalankan
kajian semula pengurusan tentang kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan
OH&S dengan mengkaji semula input seperti audit dalaman, maklum balas
daripada pihak luar dan pencapaian objektif dan sasaran. Output daripada kajian
semula pengurusan hendaklah memasukkan rumusan tentang OH&S serta keputusan
dan tindakan yang diperlukan untuk penambahbaikan berterusan.
No comments:
Post a Comment