Di sini saya akan
kongsikan serba sedikit berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.
Bagaimana cara
mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?
Mengurus keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja agak berbeza dengan mengurus aspek perniagaan
lain. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) memerlukan komitmen
penunya perniagaan atau majikan untuk melakukan 3 langkah di bawah :
i.
|
Pernyataan Dasar
KKP
|
ii.
|
Perancangan termasuk pelaksanaan HIRARC, latihan,
arahan dan audit
|
ii.
|
Tindakan pembaikan
Apa jenis penyataan
dasar yang diperlukan bagi aspek keselamatan dan kesihatan?
Penyataan dasar keselamatan dan kesihatan
adalah satu penyataan secara bertulis yang menyatakan dengan ringkas komitmen
berikut :
·Majikan untuk menyediakan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan kepada pekerja semasa bekerja melalui peraturan dan
prosedur yang ditetapkan.
·Pihak pekerja untuk mematuhi prosedur kerja
dan peraturan untuk memastikan keselamatan diri sendiri
Ia perlu diletakkan di tempat yang boleh
dilihat oleh para pekerja.
Bagaimanakah majikan
boleh mengurus aspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja dengan mudah?
Majikan boleh mulakan dengan melakukan
aktiviti mengenalpasti hazad/bahaya bagi semua proses kerja.
Selepas itu, majikan perlu melakukan penaksiran bagi setiap risiko yang
dikenalpasti dan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk
mengawal risiko berkenaan. Proses ini dinamakan HIRARC
Adakah saya
mempunyai kaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan?
Ya. Semua "orang yang sedang
bekerja" di dalam sektor Pengilangan; Perlombongan dan Penguarian;
Pembinaan; Pertanian; Perhutanan dan Perikanan; Utiliti; Pengangkutan;
Penyimpanan dan Komunikasi; Perdagangan Borong dan Runcit; Hotel dan
Restoran; Kewangan, Insurans, Harta Tanah dan Perkhidmatan Perniagaan, Perkhidmatan
Awam dan Berkanun diliputi oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(Akta 514).
Siapa yang bertanggungjawab untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?
Majikan, pekerja, orang yang bekerja
sendiri, perekabentuk, pengilang, pengimport, pembekal loji / bahan
bertanggungjawab mempunyai kewajipan masing-masing untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terjamin
Apakah kewajipan
majikan ke atas pekerjanya?
Majikan dikehendaki
melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja
melalui langkah-langkah berikut:
·Menyediakan dan menyenggara loji dan sistem
kerja selamat;
·Menyusun langkah-langkah bagi menjamin
keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan, pengendalian, penanganan,
penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan;
·Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan
penyeliaan bagi pekerja baru dan pekerja lama;
·Menyediakan dan menyenggara persekitaran
pekerjaan yang selamat tanpa risiko kepada kesihatan; dan,
·Menyediakan kemudahan bagi kebajikan mereka
yang sedang bekerja
Bagaimana
tanggungjawab pekerja di tempat kerja?
Setiap pekerja mempunyai kewajipan untuk:
·Memberi perhatian yang munasabah bagi
mengelakkan kecederaan kepada diri mereka atau orang lain semasa menjalankan
aktiviti kerja mereka,
·Bekerjasama dengan majikan dan orang lain
untuk memenuhi peruntukan undang-iundang
Apakah hak pekerja
terhadap majikan dalam aspek keselamatan di tempat kerja?
Pekerja dilindungi daripada didiskriminasi,
dicederakan atau diubah kedudukan oleh majikan sekiranya:
·Membuat sesuatu aduan mengenai keadaan atau
perlakuan tidak selamat di tempat kerja,
·Menjadi ahli jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan,
·Menjalankan tugas sebagai ahli jawatankuasa
keselamatan dan kesihatan
sumber dari :
http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/hubungi-kami/faqs
|
No comments:
Post a Comment